Tarikh: 19 September 2025
Lokasi: KipMall Kota Tinggi
Anjuran: Pusat Dialisis Ikhlas
Kami sangat gembira dapat berkongsi kejayaan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Pusat Dialisis Ikhlas yang telah diadakan baru-baru ini di KipMall Kota Tinggi! Program ini telah menarik perhatian ramai pengunjung dengan matlamat utama: Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga kesihatan buah pinggang.
Kenapa Buah Pinggang Penting ?
Tahukah anda bahawa buah pinggang berfungsi sebagai penapis darah utama dalam badan kita? Ia membuang bahan buangan, mengawal tekanan darah dan membantu dalam proses menghasilkan sel darah merah. Apabila buah pinggang gagal, kualiti hidup kita akan terjejas teruk dan rawatan dialisis mungkin diperlukan sepanjang hayat.
Malangnya, statistik menunjukkan peningkatan kes penyakit buah pinggan kronik(CKD) di Malaysia. Inilah sebab utama mengapa inisiatif seperti program CSR ini sangat penting. “Pencegahan adalah lebih baik daripada rawatan!”
Apa Yang Menarik Dalam Program CSR Kami?
Program kali ini, yang merupakan kali kedua diadakan di lokasi yang sama pada tahun ini, telah dipenuhi dengan aktiviti bermanfaat untuk semua lapisan masyarakat:
- Pemeriksaan Kesihatan Percuma: Ini adalah aktiviti yang paling mendapat sambutan! Para pengunjung berpeluang menjalani pemeriksaan asas kesihatan seperti tekanan darah dan gula dalam darah yang merupakan faktor risiko utama CKD.
- Pameran dan Perkongsian Informasi: Krew kami yang berdedikasi telah menyediakan pameran yang informatif, menjelaskan fungsi buah pinggang, punca-punca kegagalan buah pinggang dan tips-tips penjagaan yang mudah diamalkan.
- Kuiz Buah Pinggang Berhadiah: Untuk menjadikan sesi pembelajaran lebih intraktif dan menyeronokkan, kami telah mengadakan kuiz santai. Pengunjung yang berjaya menjawab soalan dengan betul membawa pulang hadiah menarik dan goodies istimewa daripada kami!
Matlamat Kami Tercapai!
Sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat Kota Tinggi menunjukkan betapa ramai yang mengambil berat tentang kesihatan mereka, terutamanya selepas mendapat pendedahan tentang risiko CKD. Kami berharap, melalui progam ini, setiap seorang yang hadir pulang dengan ilmu dan motivasi untuk mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat.
Ingat, mengambil langkah kecil hari ini; seperti mengamalkan diet sihat, minum air secukupnya dan bersenam secara berkala boleh memberi impak besar kepada kesihatan buah pinggan anda dimasa hadapan.
Pusat Dialisis Ikhlas komited untuk terus menjadi rakan komuniti yang bukan sahaja memberikan rawatan, tetapi juga aktif dalam usaha pencegahan.
Jumpa lagi di program CSR kami yang akan datang! Sayangi buah pinggang anda, sayangi kehidupan anda!










