Pusat Dialisis Ikhlas telah mengadakan program komuniti berkaitan kesedaran penjagaan kesihatan buah pinggang yang bertemakan ‘I love My Kidney’ bertempat di Kipmall Kota Tinggi, Johor pada 14hb Julai 2024.
Ini merupakan program kali kedua yang dilakukan pada tahun ini di vanue yang sama.
Antara aktiviti yang dilakukan adalah, pemeriksaan kesihatan percuma serta pameran dan perkongsian berkenaan informasi yang berkaitan dengan buah pinggang.
Selain itu pengunjung yang hadir turut diberikan free gift berbentuk goodies serta hadiah melalui permainan berbentuk kuiz berkenaan buah pinggang.
Melalui program ini, diharap dapat mewujudkan kesedaran dikalangan masyarakat berkenaan pentingnya menjaga kesihatan buah pinggang khususnya bagi penduduk yang berada di daerah Kota Tinggi.






