Fasiliti & Kemudahan Yang Disediakan

Pelbagai fasiliti & kemudahan yang disediakan bagi menjamin keselesaan pesakit & waris pesakit semasa menunggu atau sewaktu menjalani rawatan di Pusat Dialisis Ikhlas.

1. Ruang Rawatan Hemodialisis

Pusat Dialisis kami menyediakan ruang rawatan yang luas serta menepati garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ruang rawatan utama terdiri daripada 3 ruang yang menempatkan 33 mesin & kerusi dialisis untuk pesakit bukan Hepatitis B atau Hepatitis C. 2 bilik rawatan berasingan yang menempatkan 1 mesin & 1 kerusi dialisis setiap bilik bagi pesakit Hepatitis B dan Hepatitis C.


2. Bilik Konsultasi

Bilik Konsultasi disediakan bagi pesakit dan waris mendapatkan khidmat nasihat kesihatan dan konsultasi daripada doktor atau staf klinikal secara privasi.


3. Bilik Rekreasi / Ruang Menunggu Waris

Ruang menunggu waris bagi pesakit yang sedang menjalani rawatan disediakan bagi keselesaan waris. Bilik yang berhawa dingin ini juga disediakan pelbagi risalah & bahan bacaan berinfomatif untuk kegunaan waris bagi mengisi waktu terluang sementara menunggu pesakit yang sedang menjalani rawatan. Kami turut menyediakan makanan & minuman ringan di pantri yang terdapat di dalam bilik menunggu tersebut.


4. Surau / Bilik Solat

Surau / Bilik solat berasingan bagi lelaki & perempuan disediakan bagi kegunaan pesakit & waris. Bilik ini disediakan dengan kelengkapan solat untuk kemudahan pesakit & waris beribadah.


1 thought on “Fasiliti & Kemudahan Yang Disediakan”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *